MAJNUN

bismillah, 
9 dan 10 November 2019 merupakan tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku. aku cuba sesuatu yang aku sangat minat. 

permulaan cerita dia is aku tak pernah berniat pun nak pergi audition mocktrial this year sebab aku dah masuk 3rd year. so sumpah busy gila. tapi ada satu harini, niat nak pergi war room untuk study for test, tiba2 dapat tahu dekat bilik sebelah ada buat audition for mocktrial. kawan paksa suruh pegi. aku pergi and aku audition pukul 1 pagi sebab diorang lupa nak panggil aku. after few weeks, seth bagitahu aku yang aku dapat. alhamdulillah. tu je perkatan dalam kepala otak aku masa tu sebab aku nak sebenarnya tapi aku takut kalau aku tak boleh handle busy schedule. 

untuk pengetahuan korang, mocktrial ni teater. dia memerlukan commitment yang sangat tinggi sebab kitorang training dari isnin sampai jumaat pukul 6pm sampai 12pm and hari sabtu from 10am till 5pm. sumpah ada hari ahad je untuk siapkan segala kerja yang menggunung. aku bangga dengan setiap orang sebab kita training almost 4 months dan aku tak rasa kita pernah committed dengan sesuatu benda sampai macam ni sekali. 

sepanjang perjalanan mocktrial ni, aku sangat happy sebab aku buat benda yang aku minat. aku memang minat berlakon. all the casts and creative team was amazing. kitorang ada 13 casts. and its not easy to handle such a lot of casts sebab yang handle pun budak2 baya kitorang je. so banyak je conflict. kitorang banyak gaduh banyak nangis. aku pun banyak nangis, tapi aku bukan nangis sebab stress mocktrial, aku menangis sebab lain dan aku masih menangis sebab benda tu walaupun dah habis mocktrial.

to all the casts, korang memang power sebab alhamdulillah mampu hadapi semua dugaan sebab kita asyik kena push dan compare dengan sakhra and jibril. aku happy bila semua cakap MAJNUN sangat best, lakonan kita best. aku happy sebab kita semua macam underdog. kita tak jual muka. kita jual bakat. kita jual jalan cerita. aku suka benda tu. aku happy dapat kenal dengan korang. terima kasih jugak sebab hormat aku. terima kasih sebab kadang2 dengar cakap aku. aku rasa kelakar bila korang cakap korang takut dengan aku. jangan takut la, aku sumpah budak baik je. ada 'kawan' korang yang asyik panggil aku budak. dia je yang suka kacau aku lebih2. but im glad that daripada semua ni, aku dapat lagi sorang yang aku boleh panggil kawan baik.

to all the creative team, aku mintak maaf sangat2 sebab banyak tak dengar cakap korang. terima kasih sebab terima banyak pendapat aku. sorry kalau aku terlebih train the cast ahaha aku buat tu sebab aku bosan. watak aku tak perlu banyak training, aku bosan, so aku tolong la kah kah. korang hebat. daripada director sampai stage manager, korang sangat gempak. terima kasih sebab tak tidur malam untuk menjayakan MAJNUN. alhamdulillah, we did it so well sampai orang asyik sebut2 line from majnun

to the high comt, thank you for choosing me as one of the cast. aku yang dipanggil garang ni pun boleh takut when korang masuk training room. korang sumpah earn my respect. aku rasa korang punya leadership skill sangat sangat sangat bagus. dulu kita semua tak rapat sangat tapi sekarang, kita dah macam kawan alhamdulillah. jumpa kat fac dah boleh tegur2. thank you sebab terima pendapat aku sebab aku tahu aku paling emo sebab aku tak suka watak aku.

so guys, thank you for your hardwork. 

perjalanan ni dah lama
aku masih rindu 
aku tetap akan rindu
walaupun baru berpisah seminggu
aku masih menunggu
menunggu datangnya jam enam
perit sakit pedih
tapi tidak mengapa, aku tahu kalian masih di sini
menanti perkara yang sama


Yang Arif signing out!