kenapa masa itu semuanya kelihatan nyata
sedangkan ketika itu kau hanya berpura menyayangi aku
ketika itu kau hanya mainkan aku
apa tidak cukup kah pengorbanan yang aku berikan
sehingga kau pergi tanpa sebarang penjelasan
aku yang meratap hiba bagai hilang punca
ketika itu juga aku sedar bahawa cinta yang esa itu akan memayungi aku
mencari aku dalam kegelapan mencari sinar yang mungkin ada
untuk terus bangkit mengubah takdir
tapi mampukah aku bangkit selepas luka yang engkau tinggalkan
kau robek tanpa berfikir aku manusia, kau robek tanpa belas kasihan
apa yang aku mampu buat hanya diam dan terus menyayangi engkau
kerana kasih ini susah untuk berpaling dari kau
terima kasih atas luka yang banyak engkau tinggalkan
terima kasih atas bahagia yang mungkin pernah ada
terima kasih atas sayang aku yang engkau mainkan
terima kasih atas segalanya.