berdebar ....


Allah .. seriously tak tau nak cakap macam mana .. terlalu takut sebenarnya dengan kemungkinan yang akan jadi .. berdebar debar rasa bila dah masuk bulan 12 . siapa batch 98 mungkin faham ape yang aku tengah rasa sekarang ni ...  bila nak amik result pmr ni ... buat aku teringat macam mana aku amik result UPSR .. haaa , nk dengar cerita ? al-kisah bermula ... cehh .. hahaha gurau gurau ...

cerita dia macam nii...

sekolah aku amik result dalam dewan , tpi tak tau la sekolah korang amik result dekat dataran ke ape kan ? time ni of course la tahun 2010 . pagi pagi lagi budak budak sekolah kebangsaan kampung cheras baru dah masuk dewan .. yang aku pasti semua mesti dah berdebar debar punya kan ? ye la . siapa yang takk berdebar debar . lagi lagi first time amik result . bila semua dah duduk dalam dewan . of course la pengetua and cikgu bla bla bla kena bagi ucapan semua kan ? ape la kan ? budak budak semua dah tak sabar nak dapat result , diorng boleh lagi nak berjela panjang panjang .. kurang asam jawa betul . ceh .. haha k sambung .. so bila cikgu cikgu semua dah habis bagi ucapan yang kitorang " nak sangat " dengar tu , ape lagi ... kitorang semua dah tak reti nak duduk diam diam . dah macam cacing kepanasan . termasuk la seorang perempuan ni , pakai baju kurung pengawas warna biru , setiausaha pengawas , kasut hitam iaitu Noor Maisyarah bt Aziz .. ceewwahhh nak jugak nama full . hahha .. aku shena ayu dengan emy dah duduk rapat rapat . almaklumlah satu kelas berbaris .. tapi aku tk ingat kedudukan kitorang time tu , cuma aku rasa shena duduk dekat belakang aku . haa itu yang pasti .... cikgu strt panggil nama untuk budak budak yang dapat 5A dan !! nama aku tak ada pun dekat list budak 5A . time tu rasa macam patah hati jiwa raga la jugak . ergh .. bila dah habis nama nama untuk budak 5A . cikgu proceed untuk budak budak yang dapat 4A1B pulak ... dan !!! nama aku ada !!! yeayyyyyyyyyyyyyyy !!!
tapi ....
satu yang lawaknya time ni , aku ada kawan nama dia Nur Maisarah bt Basiron .. we are quite close . yaa, bila cikgu rohana . yes nama cikgu tu cikgu rohana .. bila dia sebut " SETERUSNYA,NOR MAISARAH " aku dah terkejut . oh men , dalam hati dah menyumpah nyumpah dah .. cikgu ni tak reti nak sebut nama bapak ke ! 3 kali kot cikgu tu panggil nama yang sama . dan , tak ada siapa pun bangun .. time tu jangan cakap la , kaki aku dah menggigil , yang shena dok bisik " mai , tu nama kau , betul .. aku sure punya , cepat la bangun " aku pun cakap la " ee,tak nak aku . cuba kalau bukan aku ? buat malu la gila " sambil sambil kitorang bisik2 tu . tiba tiba dengar cikgu ckap " oh saya lupa ada dua maisarah " fuhhh , time tu aku rasa nak bangun debik jee cikgu tu .. tapi disebabkan iman yang kuat , suwey tak ada kena mengena k sambung .. then cikgu sambung lagi " ok Noor Maisyarah bt Aziz " FUHH ! wa cakap sama lu aaaaa ... lepas semua beban dohh .. dan dengan bangga nya aku pun bangun la amik slip . hhha . tak percaya ke muka macam aku dapat 4A1B ? u have to trust it hahah.